Rimi_Sen
Rimi_Sen

Rimi_Sen

Rimi Sen (lahir 21 September 1981) ialah bekas pelakon dan penerbit filem India yang telah muncul dalam filem-filem Bollywood, Telugu dan Bengali. Sen memulakan penampilan sulungnya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Bengali Damu. Beliau muncul buat pertama kali sebagai pelakon utama dalam filem Telugu Nee Thodu Kavali. Pada tahun 2003, beliau berlakon dalam filem Hindi pertamanya dalam komedi Hungama yang mana beliau dicalonkan di Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik. Selepas itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang berjaya termasuk Baghban (2003), Dhoom (2004), Garam Masala (2005), Phir Hera Pheri (2006) dan Golmaal: Fun Unlimited (2006). Beliau turut menyertai rancangan realiti Bigg Boss pada tahun 2015.

Rimi_Sen

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2000–16
Terkenal kerana Phir Hera Pheri
Warganegara India
Kelahiran Subhamitra Sen[1]
(1981-09-21) 21 September 1981 (umur 38)
Calcutta, Bengal Barat, India (kini Kolkata)