Riverdale_(siri_TV_2017)

Riverdale ialah sebuah siri televisyen Amerika Syarikat yang berkisarkan watak-watak daripada Archie Comics. Siri itu diadaptasi untuk saluran The CW oleh ketua pegawai kreatif Archie Comics Roberto Aguirre-Sacasa dan diterbitkan oleh Warner Bros. Television dan CBS Television Studios, dengan kerjasama bersama Berlanti Productions dan Archie Comics.[2] Pada asalnya merupakan adaptasi filem cetera untuk Warner Bros. Pictures, idea tersebut dibayangkan semula sebagai siri televisyen untuk Fox. Pada 2015, perkembangan projek beralih kepada The CW, di mana siri itu diarahkan untuk satu rintis. Sesi penggambaran untuk drama ini dilakukan di Vancouver, British Columbia.[1]Siri Riverdale mula ditayangkan pada 26 Januari 2017[3] dan memperoleh ulasan yang positif. Musim kedua dengan 22 episod memulakan tayangan perdananya pada 11 Oktober 2017 dan tamat pada 16 Mei 2018. Pada 2 April 2018, The CW memperbaharui siri ini musim yang ketiga.[4]

Riverdale_(siri_TV_2017)

Penggubah
Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Warner Bros. Television Distribution
Penerbit eksekutif
Penerbit J.B. Moranville
Pemasangan kamera Ekakamera
Pencerita suara latar Cole Sprouse
Syarikat penerbitan
Tempoh siaran 42–46 minit
Lokasi Vancouver, British Columbia[1]
Siaran asal 26 Januari 2017 (2017-01-26) – kini (kini)
Sinematografi
  • Stephen Jackson
  • David Lanzenberg
Bilangan episod 35 (Senarai episod)
Penyunting
  • Paul Karasick
  • Harry Jierjian
Dibintangi oleh
Genre
Bilangan musim 2
Saluran asal The CW
Dibangunkan oleh Roberto Aguirre-Sacasa

Berkaitan