Mekanik Roda

Roda motosikal moden, dengan brek piring.

Roda (bersama-sama gandarnya) dianggap sebagai salah satu mesin mudah dan berkedudukan berhampiran dengan titik permulaan teknologi manusia maju, iaitu maju dari segi pembandingan dengan inovasi-inovasi mekanik yang lebih awal, seperti pisau dan kapak batu/tulang, peluncur berasaskan tegangan, pencedok, dan penyodok.

Apabila roda digunakan bersama-sama gandar, roda berpusing pada gandarnya atau gandar berpusing di dalam sebuah kenderaan (umpamanya pedati) atau rumah gandar (umpamanya mesin kisar). Mekanisme kedua-dua ini adalah sama.

Rintangan yang rendah terhadap pergerakan (berbanding dengan seretan) boleh diterangkan seperti yang berikut (rujuk kepada geseran):

  • daya normal pada antara muka gelongsoran adalah sama;
  • pekali geseran pada antara muka biasanya adalah lebih rendah.

Bebola dipergunakan untuk mengurangkan geseran pada antara mukanya.

Contoh:

  • Mengheret sebuah objek yang beratnya 100 kilogram sejauh 10 meter pada permukaan yang μ = 0.5, dan daya normal = 980 N, memerlukan kerja (iaitu tenaga) sebanyak 980 × 10 × 0.5 = 4,900 joule.
  • Sekarang, berikanlah objek tersebut 4 roda. Daya normal antara 4 roda dan gandarnya adalah tepat sama (pada jumlahnya), iaitu 980 N. Andaikanlah μ = 0.1, diameter roda = 1,000 mm, dan diameter gandar = 50 mm. Kini walaupun objek masih bergerak 10 m, permukaan-permukaan geseran gelungsur hanya menggelungsur antara satu sama lain pada jarak 0.5 m. Oleh itu, kerja yang dilakukan ialah hanya 980 x 0.5 x 0.1 = 49 joule.

Tenaga tambahan hilang di roda kepada antara muka jalan raya. Ini diistilahkan sebagai geseran guling dan merupakan hilang pengugahan yang amat kecil.