Penerbitan Roh_Kembali...

Penggambaran siri drama Roh Kembaliā€¦ mengambil masa 45 hari, segalanya di bawah arahan Azman Yahya @ Jinggo.[1] Pengarah Azman Yahya menegaskan bahawa drama itu tidak menunjukkan tentang keseluruhan rupa hantu sebaliknya hanya ditekankan pada mata atau jari makhluk itu, asalkan dapat membongkar qarin dengan lebih mendalam. Jelasnya, "Bukan senang untuk saya membongkar tentang perkara yang orang Islam patut tahu melibatkan hantu dan syaitan. Penulis skrip Maizura Mohd Ederis banyak merujuk al-Quran dan sunnah kerana kita mahu drama ini bukan sahaja memberikan info tetapi juga menghiburkan."[2]

Pelakon Sheila Rusly, juga suami kepada Azman, menjelaskan unsur keagamaan dalam drama ini: "Roh Kembaliā€¦ merupakan sebuah jalan cerita yang mengikut sunnah Al-Quran dan ia telah dibongkarkan ke visual untuk tatapan umum. Setiap episod akan kupas satu Surah. Setiap cerita dalam drama ini ada kait-mengait dengan Surah itu."[1]