Sinopsis Roh_Kembali...

Zaidi ialah seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Namun, Zaidi sebenarnya terlibat dalam sindiket jenayah terancang tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan baiknya. Walaupun Zaidi hidup dalam kemewahan, dia sering dihantui oleh roh orang mati. Semenjak itu, kehidupan Zaidi tidak pernah tenang oleh kerana dosa-dosanya.

Zaidi sering ternampak roh Lillian Chan, seorang perempuan simpanan Tauke Boon yang sudah mati dibunuh atas arahan tauke itu, berkeliaran di rumah, pejabat atau di mana jua tempat yang dia pergi. Dia menjadi lebih tertekan apabila jirannya, Roslan terbunuh terkena peluru sesat semasa insiden Zaidi sedang bergelut dengan musuhnya.

Zaidi rasa bersalah atas apa yang berlaku terutama sekali apabila isteri Roslan, Maheran terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan. Akhirnya, Zaidi didakwa atas kesalahan membunuh Roslan. Isterinya, Zahirah terpaksa menghabiskan wang untuk mengupah peguam handalan Azrin demi membebaskan suami yang tercinta.