Rohana_Rozhan

Datuk Rohana Rozhan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro. Beliau berkhidmat dengan Astro selama 20 tahun, dari 1999 hingga 2019.[1]Bapanya Tan Sri Rozhan Kuntom merupakan tokoh perkhidmatan awam (1985-1987), pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bapanya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2014. Jenazah bapanya dibawa ke Bukit Damansara Kuala Lumpur dan disembahyangkan di Masjid Umar Al Khattab. Seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tun.[2]