Roket_ujian
Roket_ujian

Roket_ujian

Roket ujian, kadang kala dipanggil roket penyelidikan, merupakan roket pembawa peralatan yang direka bagi mengambil ukuran dan melakukan ujian saintifik semasa penerbangan angkasalepas sub-orbital. Roket ini digunakan bagi membawa peralatan dari 50 hingga 1,500 kilometer (31 hingga 932 bt)[1] keatas dari permukaan Bumi, ketinggian umumnya antara belon cuaca dan satelit (ketinggian maxima bagi belon adalah sekitar 40 kilometer (25 bt) dan minima bagi satelit adalah sekitar 120 kilometer (75 bt)).[2] Sesetengah roket ujian, seperti roket Black Brant X dan XII, memiliki puncak antara 1,000 dan 1,500 kilometer (620 dan 930 bt); puncak maksima bagi kelas mereka. Roket ujian sering kali menggunakan motor roket lebihan tentera.[3] NASA biasa melancarkan Terrier Mk 70 penguat Improved Orion menggangkat muatan 270–450 kilogram (600–990 lb) ke dalam wilayah exoatmospherik antara 100 dan 200 kilometer (62 dan 124 bt).[4]