Roket merupakan pesawat,
peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan
tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket. Ekzos ini terhasil dari satu atau lebih
bahan api yang dibawa dalam roket sebelum dilancarkan. Tujahan ini digambarkan mengikut
hukum gerakan Newton ke-3. Sering kali takrifan roket digunakan untuk merujuk kepada enjin roket.Dalam istilah ketenteraan,
roket merujuk kepada bahan api pepejal dan tidak dikawal. Roket ini boleh dilancarkan oleh
kapal terbang penyerang bumi pada sasaran tetap seperti bangunan, atau boleh dilancarkan oleh pasukan darat pada sasaran bumi yang lain. Ketika era Vietnam, terdapat juga roket lancar udara tanpa kendali bernuklear yang direka untuk menyerang
kapal terbang yang terbang dalam formasi.
Peluru berpandu, sebaliknya, boleh mempunyai bahan api pepejal atau cecair, dan mempunyai
sistem kendali.Saiz rocket berbeza dari model kecil yang oleh dibeli di kedai hobi, kepada bersaiz besar
Saturn V yang digunakan untuk
program Apollo.Rocket perlu digunakan apabila tidak terdapat bahan lain (bumi, air, atau udara) yang boleh digunakan oleh sesebuah pesawat untuk menolak dirinya dan oleh itu perlu membawa kesemua
bahan api yang diperlukan pesawat (seperti di angkasa). Terdapat banyak jenis roket, dan senarai lengkap boleh didapati dalam
tujahan kapal angkasa.Kebanyakan roket semasa adalah roket kimia. Enjin roket kimia memerlukan bahan api pepejal, seperti
Penguat Roket Pepejal Ulang-alik Angkasa, atau bahan api pepejal, seperti enjin utama
Pengangkut Ulang-alik Angkasa. Reaksi kimia dimulakan dengan bahan api di dalam kamar pembakaran, dan gas panas yang terhasil meluncur keluar melalui corong pada hujung bersetentangan arah roket. Tekanan gas di dalam kamar pembakaran dan corong menghasilkan tujahan yang mendorong roket ke hadapan.Jenis roket lain yang semakin sering digunakan adalah
peluncur ion, yang menggunakan eletrik dan bukannya tenaga kimia untuk memecut tindak balas jisim mereka.
Roket nuklear terma juga telah dibangunkan, tetapi tidak pernah digunakan.Dalam sejarah, rocket dicipta oleh
China seawal 300 S.M., menggunakan
ubat bedil. Ia pada mulanya digunakan untuk hiburan / keagamaan (untuk menghalau hantu shaitan), awalan kepada
bunga api, tetapi kemudiannya digunakan untuk peperangan pada abad ke-11. Oleh kerana tekanan pada dinding roket lemah, penggunaan roket dalam perperangan mendahului penggunaan meriam, yang memerlukan teknologi logam yang lebih tinggi. Peranan roket dalam peperangan mendedah roket kepada pihak Eropah apabila
Empayar Uthmaniyyah menggunakan roket ketika mengepong
Constantinople pada
1453. Selama beberapa abad roket kekal menjadi misteri kepada Barat.Pada akhir abad ke-18, roket digunakan dalam peperangan di
India menentang
British, yang mengambil dan memajukannya dengan lebih lanjut dalam abad ke-19. Tokoh utama dalam bidang roket ketika ini adalah
William Congreve. Dari situ, penggunan roket ketenteraan merebak keseluruh Eropah. Cahaya merah roket memberi inspirasi kepada lagu kebangsaan
US,
The Star-Spangled Banner.Roket ketika itu amat tidak cekap. Roket moden bermula apabila
Robert Goddard meletakkan
corong de Laval pada kamar pembakaran enjin roket, menggandakan tujahan meningkatkan kecekapan, membuka kemungkinan kepada perjalanan angkasa yang partikal.Teknik ini kemudiannya digunakan pada
roket V-2, direka oleh
Wernher von Braun yang menjadi pemain utama dalam memajukan roket moden. V2 digunakan dengan luasnya oleh
Adolf Hitler dalam peringkat akhir
Perang Dunia II sebagai senjata menakutkan kepada penduduk
British, setiap pelancaran yang berjaya mencecah tinggi ke angkasa dan memulakan permulaan
Zaman Angkasa.