Penggunaan Rokok

Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam penduduk dunia. Meskipun kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, kadar merokok terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh sebanyak separuh dari 1965 hingga 2006 iaitu daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. [1] Dalam negara membangun, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.[2]

Kecenderungan merokok mengikut jantina
Peratus merokok
KawasanLelakiWanita
Afrika294
Amerika Syarikat3522
Mediterranean Timur354
Eropah4626
Asia Tenggara444
Pasifik Barat608

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia anggaran, 2000

Pengguna utama rokok pada 1998[3]
NegaraPopulasi
(juta)
Penggunaan rokok
(bilion)
Penggunaan rokok
(per kapita)
China124816431320
Amerika Syarikat2704511670
Jepun1263282600
Rusia1462581760
Indonesia2002151070

Bahan kimia yang terkandung dalam rokok

Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:

Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang.

Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen.

Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.

Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.

Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol.

Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu.

Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.

Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.

Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta