Roman_Abramovich
Roman_Abramovich

Roman_Abramovich

Roman Arkadyevich Abramovich (IPA: [rʌˈmɑn ərˈkadʲievɨtɕ əbrʌˈmovɨtɕ]) (Bahasa Rusia: Рома́н Арка́дьевич Абрамо́вич) (lahir 24 Oktober 1966 di Saratov, Rusia) merupakan seorang jutawan minyak Rusia dan pemilik utama syarikat pelaburan Millhouse Capital, dirujuk sebagai salah satu daripada ahli oligarki Rusia. Merujuk kepada majalah Forbes 2006, bertarikh 13 Februari 2006, beliau mempunyai nilai harta sebanyak $18.2 bilion,[2] dan menurut majalah Finance Rusia, dia mempunyai nilai harta $21.0 bilion pada Januari 2007.[3]Di Rusia, Abramovich terkenal sebagai gabenor Chukotka, sejak dilantik pada 2000. Di luar Rusia, dia terkenal sebagai pemilik kelab bola sepak Chelsea F.C.