Romano_Prodi
Romano_Prodi

Romano_Prodi

Romano Prodi merupakan Perdana Menteri (atau secara rasminya Presiden Majlis Menteri-menteri) Republik Itali kini. Blok part politik berhaluan tengah-kiri beliau, L'Unione memenangi pilihan raya 2006, menewaskan blok konservatif Casa delle Libertà.Sebelum itu, Prodi pernah menjawat Perdana Menteri dari 1996 hingga 1998. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah dari 1999 hingga 2004 dan digantikan oleh Jose Manuel Barroso. Kabinetnya telah mengalami krisis pada awal 2007, apabila tiga menteri enggan menyokong keterusan penglibatan Itali dalam perang di Afghanistan. Krisis kerajaannya menjadi semakin teruk selepas parlimen mengundi untuk memperbesar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Itali, Caserma Ederle. Keputusan ini ditentang oleh kebanyakan rakyat Itali. Selepad Dewan senat memberikan undi tiada keyakinan terhadap dasar luar negeri Prodi, Prodi telah meletak jawatan pada 21 Februari. Selepas rundingan dengan semua parti politik, Presiden Giorgio Napolitano telah mengarahkan Prodi untuk menubuhkan kerajaan baru. Pada 28 Februari, Dewan Senat memberikan undi keyakinan terhadap Prodi. Undian itu diikuti oleh Dewan Rakyat pada 2 Mac.