Biografi Rosihan_Anwar

Anak keempat dari sepuluh bersaudara putera Anwar Maharaja Sutan, seorang demang di Padang, Pantai Barat Sumatera ini menyelesaikan sekolah rakyat (HIS) dan SMP (MULO) di Padang. Ia pun melanjutkan pendidikannya ke AMS di Yogyakarta. Dari sana Rosihan mengikuti pelbagai bengkel kerja di dalam dan di luar negeri, termasuk di Universiti Yale dan School of Journalism di Universiti Columbia, New York, Amerika Syarikat.

Rosihan telah hidup dalam multi-zaman. Di masa perjuangan, dia pernah ditahan oleh penjajah Belanda di Bukit Duri, Batavia. Kemudian pada masa Presiden Soekarno akhbar miliknya, Pedoman pada 1961 ditutup oleh rejim saat itu. Namun pada masa peralihan pemerintahan Orde Baru, Rosihan mendapat anugerah sebagai wartawan sejak sebelum Revolusi Indonesia dengan mendapatkan anugerah Bintang Mahaputra III, bersama tokoh akhbar Jakob Oetama. Malangnya rejim Orde Baru ini pun menutup Pedoman pada tahun 1974-kurang dari setahun selepas Presiden Soeharto mengalungkan bintang itu di leher para penerimanya.

Rosihan memulakan karier kewartawanannya sebagai pemberita Asia Raya pada masa pendudukan Jepun tahun 1943 hingga menjadi pemimpin redaksi Siasat (1947-1957) dan Pedoman (1948-1961). Selama enam tahun, sejak 1968, ia menjawat Ketua Umum Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). Bersama Usmar Ismail, pada 1950 ia mendirikan Syarikat Film Nasional (Perfini). Dalam filem pertamanya, Darah dan Doa, ia sekaligus menjadi figuran. Dilanjutkan sebagai produser filem Terimalah Laguku. Sejak akhir 1981, aktivitinya di filem adalah mempromosikan filem Indonesia di luar negeri dan tetap menjadi pengkritik filem sampai akhir hayatnya.

Rosihan Anwar menikahi Siti Zuraida, yang terhitung kerabat M. Husni Thamrin, pahlawan nasional dari Betawi, pada 1947. Pasangan ini dikurniakan tiga anak dan sejumlah cucu.[1] Pada tahun 2007, Rosihan Anwar dan Herawati Diah, yang ikut mendirikan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) di Surakarta pada 1946, mendapat anugerah "Life Time Achievement" atau "Prestasi Sepanjang Hayat" dari PWI Pusat.[2]

Rosihan Anwar meninggal dunia pada hari Khamis, 14 April 2011 pukul 08.15 WIB di Rumah Sakit Metropolitan Medika Center (MMC) Jakarta dalam usia 89 tahun [3], diduga kerana gangguan jantung. [4]