Kematian Rosli_Khamis

Beliau meninggal dunia setelah empat hari terlantar di Hospital Pakar Damansara pada 30 Januari 2008 pukul 1:30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada 29 Januari 2008 setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru, kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariyah Yaacob dan tiga sahabat lain.[3]

Jenazah Allahyarham Loloq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.[4]