Ross Norman (lahir 7 Januari1959) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari New Zealand. Dia paling dikenali apabila memenangi Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 1986 selepas berjaya mengalahkan Jahangir Khan dari Pakistan di pusingan akhir 9-5, 9-7, 7-9, 9-1. Kemenangan itu menyaksikan berakhirnya kemenangan Jahangir Khan selama lima tahun berturut-turut.Norman bersara daripada sirkit skuasy profesional pada tahun 1994 tetapi masih aktif dalam acara untuk pemain-pemain senior.