Sejarah Rotiboy

Syarikat ini ditubuhkan pada bulan April 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang,[3][4] dengan nama yang telah dijana apabila abang pengasas syarikat ini memanggil anak saudaranya, "naughty-boy" (bahasa Melayu: budak nakal) yang berbunyi seperti "Rotiboy".[3] Pada tahun 2002, syarikat itu berpindah ke Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Rotiboy berjaya mengembangkan operasinya di Lembah Klang.[3]

Pengembangan antarabangsa

Pada bulan Mei 2004, Rotiboy International Pte Ltd telah ditubuhkan di Singapura. Antara 2004 dan 2007, Rotiboy telah mengembangkan operasinya ke Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.[3] Pada tahun 2012, Rotiboy membuka kedai-kedai di Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.[3]