Rubah_Rüppell
Rubah_Rüppell

Rubah_Rüppell

Rubah Rüppell (Vulpes rueppellii), juga dipanggil rubah pasir, ialah satu spesies rubah yang hidup di Afrika Utara dan di Timur Tengah, dari Maghribi dan rantau Sahel ke perbukitan Afghanistan dan Pakistan barat daya.[1] Ia dinamai sempena pemungut dari Jerman, Eduard Rüppell. Rubah Rüpell juga dipanggil rubah pasir, tetapi peristilahan ini mengelirukan kerana rubah corsac (Vulpes corsac) dan rubah pasir Tibet (Vulpes ferrilata) juga dikenali sebagai "rubah pasir".Ia mempunyai jangkaan hayat purata sehingga 6 atau 7 tahun di alam liar, tetapi boleh hidup lebih lama dalam kurungan.