Rubah_bertelinga_kelawar
Rubah_bertelinga_kelawar

Rubah_bertelinga_kelawar

Rubah bertelinga kelawar (Otocyon megalotis) ialah sejenis canid savana Afrika, dinamai sempena telinga besarnya. Catatan fosil menunjukkan canid ini pertama kali muncul semasa Pleistosen tengah, kira-kira 800,000 tahun lalu.[3]Rubah bertelinga kelawar (Otocyon megalotis)—juga dirujuk sebagai rubah bertelinga besar, rubah bertelinga hitam, rubah tanjung, dan rubah Delalande—mempunyai bulu perang kekuning-kuningan dengan telinga, tungkai dan bahagian-bahagian muka mancung berwarna hitam. Ia berpurata panjang 55 cm (22 in) (kepala dan badan), dengan panjang telinga 13 cm (5.1 in). Ia merupakan satu-satu spesies dalam genus Otocyon.[1] Nama Otocyon diterbitkan daripada perkataan Yunani "otus" untuk telinga dan "cyon" untuk anjing, sementara nama spesifik "megalotis" datang daripada perkataan Yunani "mega" untuk besar dan "otus" untuk telinga.[4]