Rubah_fennec
Rubah_fennec

Rubah_fennec

Rubah fennec atau fennec (Vulpes zerda) ialah sejenis rubah malaman kecil yang dijumpai di Sahara Afrika Utara. Cirinya yang paling tersendiri ialah telinganya yang besar dengan luar biasa, yang berguna untuk melesapkan haba. Namanya datang daripada perkataan Arab فنك (fanak), yang bererti "rubah", dan nama spesies zerda datang daripada perkataan Yunani xeros yang bererti kering, merujuk habitat rubah ini.[2] Fennec ialah spesies canid terkecil di dunia. Bulunya, telinganya, dan fungsi ginjalnya telah tersesuai terhadap persekitaran gurun suhu tinggi dan kekurangan air. Sebagai tambahan, pendengarannya adalah cukup peka untuk mendengar mangsa bergerak di bawah tanah. Ia terutamanya memakan serangga, mamalia kecil, dan burung.Fennec mempunyai jangka hayat sehingga 14 tahun dalam kurungan. Pemangsa utamanya ialah keragaman Afrika bagi burung hantu helang. Keluarga fennec menggali sarang di dalam pasir untuk habitasi dan perlindungan, yang boleh sebesar 120 m2 (1,292 ka2) dan bersambung dengan sarang keluarga lain. Angka populasi tepat tidak diketahui tetapi dianggarkan daripada kekerapan penglihatan; ini menunjukkan bahawa haiwan ini setakat ini tidak terancam oleh kepupusan. Pengetahuan saling tindak sosial terhad kepada maklumat dikumpulkan daripada haiwan kurungan. Spesies ini biasanya peruntukkan kepada genus Vulpes; walau bagaimanapun, ini diperbedatkan kerana perbezaan antara rubah fennec dengan spesies rubah lain. Bulu fennec dihargai oleh orang peribumi Afrika Utara, dan di sesetengah bahagian dunia, haiwan ini dianggap sebagai haiwan peliharaan eksotik.