Rudy Giuliani
Rudy Giuliani

Rudy Giuliani

Rudolph William Louis "Rudy" Giuliani (/[invalid input: 'icon']ˈruːdi ˌdʒuːliˈɑːni/;[1] lahr 28 Mei 1944) ialah seorang peguam, usahawan dan ahli politik berbangsa Amerika Syarikat yang berasal dari New York. Beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York pada tahun 1994 hingga 2001.Seorang ahli Demokrat dan bebas pada 1970-an, dan seorang ahli Republikan sejak 1980-an, Giuliani berkhidmat dalam Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York, kemudian Peguam Negara. Beliau menjadi pendakwa dalam sebilangan kes terkemuka, termasuk kongsi gelap dan ahli kewangan Wall Street.Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Jasa beliau dikenang kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk Senat Amerika Syarikat pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap kanser prostat serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas serangan pengganas ke atas World Trade Center pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan pangkat kesatria kehormat oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2002.Setelah tamat khidmatnya sebagai , Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma perbankan pelaburan; dan menyertai firma guaman Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding. Giuliani pernah mempertimbangkan untuk bertanding untuk Gabenor dan Senator pada tahun 2010, tetapi memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Giuliani sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2012.

Rudy Giuliani

Lahir Rudolph William Louis Giuliani
(1944-05-28) 28 Mei 1944 (umur 75)
Brooklyn, New York
Didahului oleh John H. Sheffield
Tandatangan
Alma mater Kolej Manhattan (B.A.)
Maktab Perundangan Universiti New York (J.D.)
Pasangan Regina Peruggi (kahwin 1968, cerai 1982, batal 1983)
Donna Hanover (kahwin 1984, cerai 2002)
Judith Giuliani (kahwin 2003)
Digantikan oleh Delwen Lowell Jensen
Parti politik Parti Republikan
Profesion Peguam
Ahli politik
Ahli perniagaan
Anak-anak Andrew (lahir 1986), Caroline (lahir 1989)

Berkaitan