Sejarah Rumah_Kanada

Rumah Kanada dibina di antara tahun 1824 dan 1827 - direkabentuk oleh Sir Robert Smirke, arkiteknya British Museum. Ia terdahulunya digunakan oleh Union Club dan Royal College of Physicians. Kerajaan Kanada memperolehi bangunan itu pada 1923. Renovasi telah diseliakan oleh Septimus Warwick. Bangunan dibuka secara rasmi pada 29 Jun, 1925 oleh Raja George V dan Ratu Mary bersamaan dengan beberapa perdana menteri British, masa dahulu dan kini, dan rombongan lain.

Sewaktu London Blitz suatu letupan bom menghimpap berhampiran bangunan itu, hanya jauhnya 20 ela (18 m) dari perdana menteri Kanada selanjutnya Lester B. Pearson yang pada masa itu setiausaha ke Suruhanjaya Tinggi pada masa itu. Juga sewaktu perang RUmah Kanada menjadi suatu tempat lepak masyhur untuk tentera Kanada di London, oleh kerana ia adalah rumah ke "Beaver Club", masyhur dengan donutnya.

Pada 1960an Kanada mengembangkan kehadirannya, memperolehi Rumah MacDonald pada 1961 dan membesarkan Rumah Kanada pada 1963.

Pada 1993 Rumah Kanada ditutup oleh kerajaan Kanada sebagai suatu ukuran potongan-kos dengan niat menjualnya. Suatu perubahan kerajaan di Kanada membalikkan keputusan ini dan oleh itu renovasi dirancangkan, bermula pada 1997. Bangunan ini dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II sebagai Ratu Canada pada Mei 1998. Untuk memperingati pembukaan itu, suatu detachment dari 3rd Battalion, Princess Patricia's Canadian Light Infantry tiba di London dan menunggang Queen's Guard di Istana Buckingham.