Runtuhan_bangunan_Thane_2013

Pada 4 April 2013, sebuah bangunan telah runtuh di Mumbra, Maharashtra, sebuah negeri di India.[1] Mengikut Associated Press, 62 orang telah terbunuh dan kira-kira 70 orang telah tercedera.[2][nb 1] Usaha-usaha menyelamat sedang giat dijalankan untuk membersihkan runtuhan dan mengenalpasti sesiapa lagi yang terperangkap di dalam bangunan.[3] Dilaporkan terdapat 20 orang yang telah hilang dan para pekerja sukar untuk mencari mangsa di dalam tiga tingkat bangunan ini kerana tingkat-tingkat ini bertindih di dalam runtuhan ini.[2][5]Bangunan ini sedang dalam pembinaan dan tidak mempunyai sijil layak menduduki (OC) bagi 100 ke 150 penduduknya yang berpendapatan rendah dan sederhana.[3][5] Dilaporkan bahawa bangunan ini dibina secara haram di atas kawasan hutan dan pembina mahu bangunan ini didiami untuk mengelakkan bangunan itu diruntuhkan.Mereka yang menetap di dalam bangunan ini adalah pekerja-pekerja pembinaan dan keluarga dengan anak-anak yang menghadiri kelas tuisyen di bangunan yang sama. Fokus utama buat masa sekarang adalah aktiviti menyelamat. Penyiasatan polis kini sedang dijalankan, termasuklah usaha untuk mengesan pembina bangunan ini dan mengenakan dakwaan "homisid salah" ke atasnya. Penyiasatan juga telah dimulakan untuk menyiasat sejauh mana pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keruntuhan bangunan haram ini. Pada 5 April, seorang pegawai polis senior dan Timbalan Pesuruhjaya telah digantung kerja kerana keabaian tugas.

Runtuhan_bangunan_Thane_2013

Tarikh 4 April 2013
Koordinat 19°08′45″N 73°02′36″E / 19.145898°N 73.043361°E / 19.145898; 73.043361Koordinat: 19°08′45″N 73°02′36″E / 19.145898°N 73.043361°E / 19.145898; 73.043361 Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Peta lokasi/data/India Mumbai' not found.
Kematian 42–67, bergantung kepada sumber berita
Kecederaan 60–70, bergantung kepada sumber berita
Lokasi Mumbra, pinggir bandar Thane, Maharashtra, India