Sifat Rusa_kesturi

Rusa kesturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kesturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kesturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kesturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang bersar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu: 0.1.3.3 3.1.3.3 {\displaystyle {\tfrac {0.1.3.3}{3.1.3.3}}}

Kelenjar kesturi hanya terdapat pada rusa kesutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.

Rusa kesturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kesturi biasanya memakan daun, bunga dan rumput, dan juga sedikit lumut dan liken. Rusa kesturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kesturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.

Pada musim mengawan, rusa kesturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kesturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kesturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.[1]