Ruslan_Kasim

Ruslan Kasim merupakan ahli politik UMNO dari Negeri Sembilan . Beliau pernah berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dipecat dari kerajaan pada 2 November 1998.Sebelum ini beliau adalah pemuda UMNO Negeri Sembilan tetapi dipecat keluar oleh UMNO. Selepas itu beliau bersama-sama Dato' Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat(PKR). Di peringkat akar umbi beliau merupakan Pengerusi Perhubungan Keadilan (PKR) Negeri Sembilan. Beliau bertanding di Pilihan raya kecil Teluk Kemang 2000 yang diadakan pada 10 Jun 2000. Beliau mewakili parti Keadilan, sementara S. Sothinathan dari Barisan Nasional - MIC.Akhirnya parlimen P.119 Teluk Kemang dimenangi oleh S. Sothinanthan dengan majoriti 5972 undi. Sothi mendapat 24500 sementara Ruslan mendapat 18528 undi sahaja.[1]