Rusia
Rusia

Rusia

Rusia (Bahasa Rusia: Россия, tr. Rossiya,IPA: [rɐˈsʲijə]  ( dengar)), atau nama rasminya Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Российская Федерация, tr. Rossiyskaya Federatsiya,IPA: [rɐˈsʲijskəjə fʲɪdʲɪˈratsɨjə]  ( dengar)) atau sekadar Rusia[8], ialah sebuah negara yang terletak di Eurasia utara.[9] Ia merupakan sebuah negara republik persekutuan separa berpresiden yang terdiri daripada 83 subjek persekutuan. Dari barat laut ke tenggara, Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland (kedua-duanya dengan wilayah Kaliningrad), Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia, dan Korea Utara. Ia juga bersempadan laut dengan Jepun melalui Laut Okhotsk, dan Amerika Syarikat melalui Selat Bering. Pada keluasan 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 bt2), Rusia ialah negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh Bumi. Rusia juga negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang.[10] Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi 9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia.[11] Ia juga mempunyai hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat air tawar sedunia.[12]Sejarah negara ini bermula dengan kebangkitan bangsa Slav Timur sebagai kelompok yang terkenal di Eropah pada abad ke-3 hingga ke-8 Masihi.[9] Ditubuhkan dan diperintah oleh bangsawan pahlawan Varyag dan pewaris-pewarisnya, pendahulu Rusia moden, Kievan Rus', bangkit pada abad ke-9 dan memeluk agama Kristian Ortodoks daripada Empayar Byzantium pada tahun 988,[13] maka bermulanya pergabungan budaya Byzantium dan Slavik yang membentuk kebudayaan Rusia untuk alaf yang berikutnya.[13] Kievan Rus' akhirnya berpecah kepada beberapa negara kecil; kebanyakan tanah Rus' akhirnya ditakluki oleh penjajah Mongol lalu menjadi negeri ufti kepada bangsa Angkatan Kencana yang berpindah-randah.[14] Duci Agung Moscow lambat-laun menyatukan semula negeri-negeri Rusia di sekelilingnya, mencapai kemerdekaan daripada Angkatan Kencana, lalu menguasai pusaka kebudayaan dan politik Kievan Rus'. Menjelang abad ke-18, bangsa Rusia makin meluas melalui penaklukan, pengilhakan, dan penjelajahan untuk menjadi Empayar Rusia yang merupakan empayar ketiga terbesar dalam sejarah yang terbentang dari Poland di Eropah hingga Alaska di Amerika Utara.[15][16]Rusia memantapkan kekuasaan dan pengaruh di seluruh dunia sejak zaman Empayar Rusia hingga menjadi juzuk terbesar dan teraju Kesatuan Soviet, negara sosialis menurut perlembagaan yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai sebuah kuasa terbesar[17] yang memainkan peranan penting dalam kemenangan Kuasa Berikat dalam Perang Dunia Keuda.[18][19] Zaman Soviet menyaksikan pencapaian teknologi terhebat pada abad ke-20, seperti penerbangan angkasa manusia pertama di dunia. Persekutuan Rusia ditubuhkan ekoran pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, tetapi diakui sebagai kesinambungan keperibadian negara Soviet yang sah.[20] Rusia mempunyai ekonomi ke-10 terbesar di dunia dari segi KDNK nominal atau keenam terbesar dari segi pariti kuasa beli, dengan perbelanjaan ketenteraan nominal kelima terbesar. Rusia ialah salah satu daripada lima negara bersenjata nuklear sah yang memiliki simpanan senjata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia.[21] Rusia ialah sebuah kuasa besar dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, sebuah anggota G8, G20, Majlis Eropah, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Komuniti Ekonomi Eurasia, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dan juga anggota teraju Komanwel Negara-Negara Merdeka.

Rusia

• Bancian 2010 142,905,200[4]
Zon masa UTC+2 hingga +11 (kc. +4)
• Vladimir-Suzdal Rus' 1169
• Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia 7 November 1917
Pemerintahan Republik persekutuan Semi berpresiden
• Dewan Rakyat Duma Negara
HDI (2019) ▲ 0.839[7]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 51
• Persekutuan Rusia 25 Disember 1991
Perundangan Perhimpunan Persekutuan
• Kepadatan 8.3/km2 (21.5/sq mi) (217)
Gini (2019) 42.3[6]
Ralat: Nilai Gini tidak sah
Bahasa rasmi Rusia rasmi di seluruh negara; 27 bahasa lain rasmi bersama di pelbagai daerah
• Dinasti Rurik 862
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
Mata wang Ruble (RUB)
Format tarikh dd.mm.yyyy
Kumpulan etnik Rusia 79.8%, Tatar 3.8%, Ukraine 2%, Basykir 1.2%, Cuvasy 1.1%,Chechen 0.9%, Armenia 0.8%, lain-lain 10.4%[1]
• Perdana Menteri Mikhail Mishustin
• Empayar Rusia 1721
• Musim panas (DST) UTC+3 hingga +12 (kc. +5)
Ibu kota Moscow
• Dewan Pertuanan Majlis Persekutuan
• Anggaran 147,102,518[3] (9)
Bandar terbesar Moscow,St.Petersburg,Novosibirsk,Yekaterinburg,Kazan,Samara,Nizhniy Novgorod,Yaroslavl,Kaliningrad,Khabarovsk
• Per kapita $18,490[5]
• Duci Agung Moscow 1283
Bahagian memandu kanan
Kod panggilan +7
• Total $4.57 trilion[5]
• Kievan Rus' 882
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Ketsaran Rusia 1547
• Jumlah $2.72 trilion[5]
• Air (%) 13[2] (including swamps)
Internet TLD .ru, .su, .рф
• Presiden Vladimir Putin
• Kesatuan Republik Sosialis Soviet 10 Disember 1922

Rujukan

WikiPedia: Rusia http://www.mercer.com.au/pressrelease/details.htm?... http://www.abc.net.au/news/newsitems/200606/s16612... http://learn.utoronto.ca/Page625.aspx http://www.achtungpanzer.com/panzerkampfwagen-t-34... http://www.aneki.com/students.html http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/24432/An... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/317574/K... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/513251/R...