Karier Ryan_Reynolds

Karier Reynolds bermula pada tahun 1990 apabila dia memainkan watak "Billy" dalam sabun opera remaja Kanada, Hillside, diedarkan di Amerika Syarikat oleh Nickelodeon sebagai Fifteen. Pada tahun 1996, dia membintangi bersama Melissa Joan Hart dalam filem TV, Sabrina the Teenage Witch.[8] Sebagai orang dewasa, Reynolds membintangi dalam filem National Lampoon, Van Wilder dan siri televisyen Amerika, Two Guys, A Girl and a Pizza Place memainkan watak pelajar medikal, Michael "Berg" Bergen. Pada tahun 1993–94, dia mempunyai peranan berulang dalam The Odyssey sebagai Macro.[9] Dia juga membuat penampilan kameo dalam Harold & Kumar Go to White Castle sebagai jururawat, muncul dalam The In-Laws bersama Michael Douglas dan Albert Brooks. Dia juga muncul dalam filem keluaran Kanada, Foolproof.[10]

Reynolds pada bulan April 2007

Pada tahun 2005, dia memainkan watak pelayan bernama Monty dalam Waiting... dan eksekutif muzik Chris Brander dalam romantik komedi Just Friends bersama-sama Amy Smart dan Anna Faris. Reynolds memainkan watak protagonis dalam filem 2008, Definitely, Maybe.[11] Dia juga muncul dalam musim kedua siri televisyen, Scrubs. Pada tahun 2007, Reynolds memainkan watak sebagai kawan Brendan, Hams dalam episod "Douchebag in the City" sitkom TBS, My Boys. Pada tahun 2009, dia melakonkan watak Andrew Paxton dalam The Proposal juga dibintangi Sandra Bullock,[12] dan Mike Connell dalam Adventureland.[13]

Walaupun dia kebanyakannya memainkan watak komedi, Reynolds menjalani latihan fizikal untuk memainkan watak Hannibal King dalam filem 2004, Blade: Trinity.[14] Reynolds memainkan watak George Lutz dalam filem seram asal tahun 1979 dan dibuat semula pada tahun 2005, The Amityville Horror.[15] Dia memainkan watak agen FBI bersama-sama Ray Liotta dalam filem aksi jenayah 2006, Smokin' Aces.[16]

Reynolds ketika pembukaan filem X-Men Origins: Wolverine di Tempe, Arizona (2009)

Dalam temuramah pada bulan Mac 2005, Reynolds bercakap mengenai penglibatannya dalam kemungkinan filem adaptasi Deadpool bersama penulis skrip, David S. Goyer,[17] serta kemungkinan bermain watak penjelmaan The Flash dikenali sebagai Wally West adaptasi karakter popular DC Comics dalam projek filem yang akan datang. Reynolds memainkan watak Deadpool dalam spin-off X-Men, X-Men Origins: Wolverine dan telah diumumkan untuk memainkan watak itu sekali lagi dalam filem spin-off, Deadpool.[18] ia kemudian disahkan bahawa filem Deadpool akan direboot, mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam X-Men Origins: Wolverine dan mewujudkan cerita belakang baru untuk watak itu; dibuat kemungkinan dengan garis masa set semula dalam X-Men: Days of Future Past.[19] Pada bulan Disember 2014, ia telah diumumkan bahawa filem itu akan dikeluarkan pada awal tahun 2016.[20]

Dia juga membintangi filem thriller Sepanyol dan Amerika, Buried yang ditayangkan di Festival Filem Sundance.[21]Pada bulan Jun 2010, Reynolds telah dijemput untuk menyertai Akademi Sains dan Seni Perfileman.[22]Reynolds memainkan watak versi Hal Jordan superhero Green Lantern dalam filem Warner Bros., Green Lantern, dikeluarkan pada Jun 17, 2011 dalam 3D. Ini menjadikannya salah seorang daripada beberapa pelakon untuk membintangi watak Marvel dan DC.[23] Pada tahun 2012, dia memainkan watak seorang agen dalam Safe House bersama Denzel Washington.[24] Reynolds memainkan watak Nick Walker dalam filem Universal Pictures adaptasi Dark Horse Comics' R.I.P.D. (Rest in Peace Department) yang dikeluarkan pada tahun 2013.[25]

Rujukan

WikiPedia: Ryan_Reynolds http://www.smh.com.au/lifestyle/celebrity/ryan-rey... http://www.tribute.ca/people/Ryan+Reynolds/3457/16... http://movies.about.com/od/theamityvillehorror/a/a... http://movies.about.com/od/theproposal/a/bullock-r... http://www.accesshollywood.com/alanis-morissette-t... http://enroute.aircanada.com/en/articles/ryan-reyn... http://www.bloody-disgusting.com/news/18786 http://www.bloody-disgusting.com/news/19674 http://www.canada.com/vancouversun/news/arts/story... http://insidemovies.ew.com/2010/06/25/academy-new-...