Sejarah Ryuka

  • Puak Satsuma menakluki Kerajaan Ryukyu (kini Wilayah Okinawa) dan selatan Wilayah Kagoshima pada tahun 1609. Ternyata perkataan Ryuka muncul selepas pengenalan kebudayaan Jepun. Kamus bahasa Ryukyu yang pertama berjudul Konko-kenshu yang diterbitkan pada tahun 1711 mencatatkan perkataan Ryuka buat kali pertama. Penggubah Ryuka bukan sahaja mereka yang dari kalangan kelas atasan, malahan melibatkan juga seorang gadis yang dijual di kawasan lampu merah yang bernama Yoshiya Chiru dan seorang perempuan tani bernama Onna Nabe.
  • Ryūka digubah untuk nyanyian bersama sanshin, dan digubah sebagai sastera yang dibangunkan di bawah pengaruh tanka Jepun. Ryūka masih digubah hingga ke hari ini, dan dihargai dalam kehidupan sehari-hari; sebagai contoh, ia memainkan peranan dalam tarian Ryukyu Kumi Odori.
Monumen Ryuka di Pelabuhan Naha
  • Ryūka kini popular bukan sahaja di kalangan penduduk Okinawa, malahan juga di kalangan orang Ryukyu yang berhijrah ke Peru dan Hawaii.[5]