Penerbitan SAM:_Saya_Amat_Mencintaimu

Syafiq Yusof mengarah dan menulis skrip filem ini.

SAM: Saya Amat Mencintaimu merupakan arahan pertama anak bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan kos pembikinannya dianggarkan sejulah RM 1.9 juta dan penggambarannya mengambil masa 40 hari di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Beliau yang juga mengarahkan beberapa filem pendek, terpaksa menangguhkan pelajarannya di KLMU kerana untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada filem SAM. Skrip untuk filem ini diolah sendiri oleh Syafiq dan dibantu oleh sepupunya.[2]

Menurut Syafiq, beliau lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta (dan psycho thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri. Syafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah.[2]