Sejarah STAYC

2016–2019: Pra-debut

Sieun terkenal sebelum debut sebagai anak perempuan penyanyi veteran Park Nam-jung, dan untuk peranannya dalam drama seperti The Good Wife, Queen for Seven Days dan The Crowned Clown. Dia memenangi Anugerah Lakonan Belia pada 2018 SBS Drama Awards kerana peranannya dalam Still 17.[3]

Seeun dikenali sebagai pelakon, muncul dalam rancangan seperti The Guardians dan Circle.[2]

Sebelum debut, STAYC dikenali sebagai "High Up Girls", dinamakan sempena nama syarikat mereka, High Up Entertainment.[4] Ahli-ahli, bersama-sama dengan pelatih yang tidak berjaya Chang Chien-Chien ("Lydia") dan Kim Min Jung, telah dipaparkan dalam dokumentari Youtube Originals K-Pop Evolution semasa beberapa bulan terakhir latihan mereka sebelum debut.[5]

2020: Debut dengan Star to a Young Culture

Logo rasmi STAYC sehingga bulan Februari 2022

Pada 8 September, telah diumunkan High Up Entertainment akan mula mendebutkan kumpulan wanita pertama, dengan Sieun diumunkan sebagai ahli pertamanya.[6]

Pada 11 Oktober, High Up Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini akan memulakan debutnya pada 12 November 2020.[1] Tiga ahli terakhir - Isa, J dan Yoon didedahkan menerusi filem prolog masing-masing pada 12, 13 dan 14 Oktober. Pada 22 Oktober, tajuk album single pertama mereka dinamakan sebagai Star to a Young Culture, dengan single utama "So Bad".[7] Jadual teaser dikeluarkan pada hari yang sama. Album single diumumkan akan dihasilkan oleh Black Eyed Pilseung, penerbit yang terkenal dengan lagu hits sebelumnya seperti TT, Touch My Body, Roller Coaster dan Dumhdurum. Duo penerbit ini menggambarkan suara kumpulan ini sebagai "Teen Fresh", gabungan Teen" dan "Fresh" yang menonjolkan "unique individual vocal colors (warna vokal individu unik)" kumpulan.[8] Sebelum album single dikeluarkan, promosi dilakukan melalui laman YouTube 1theK. Ini termasuk cover tarian dari kumpulan seperti Blackpink, BTS dan Stray Kids yang mendapat lebih dari 1 juta tontonan[9] dan cover nyanyian lagu oleh Twice dan Red Velvet yang mendapat lebih dari 2 juta tontonan.[10]

Pada 12 November, video muzik untuk single utama album single "So Bad" dikeluarkan dan mendapat lebih daripada 2.6 juta tontonan dalam 24 jam pertama.[3] Album single mereka dikeluarkan pada hari yang sama dan terjual lebih dari 4.300 salinan pada hari pertama dan yang paling banyak bagi kumpulan wanita yang membuat debut pada tahun 2020.[3] Ia terus terjual lebih dari 10,000 salinan pada minggu pertama dan menjadi album debut pertama oleh kumpulan wanita pada tahun 2020 yang melakukannya.[2] Mereka mempromosikan album single mereka menerusi showcase debut di VLIVE, mempromosikan single utama, "So Bad" dan B-side "Like This".[11] Kumpulan ini membuat pentas debut di rancangan muzik KBS Music Bank pada 13 November 2020,[3] dan diikuti dengan persembahan di Show Champion, Inkigayo dan The Show. Album single mereka memulakan debutnya di nombor 17 di weekly Gaon Album Chart. "So Bad" muncul di kedudukan nombor 90 di Billboard's K-pop Hot 100 dan nombor 21 di World Digital Song Sales chart.[12]

2021–sekarang: Staydom, Stereotype dan Young-Luv.com

Logo rasmi STAYC dari bulan Februari 2022

Kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Staydom dengan single utama "ASAP" pada 8 April.[13] Video muzik "ASAP", yang dikeluarkan bersama dengan pelancaran album, mencapai 20 juta tontonan dalam masa sembilan hari.[14] Kumpulan ini juga memasuki carta mingguan "Billboard K-pop 100". [15][16] Staydom terjual sebanyak 56,198 salinan pada bulan pertama.[17]

Pada 6 September, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Stereotype dengan single dengan nama yang sama.[18] Album ini mencatatkan penjualan lebih dari 114,000 salinan pada minggu pertama.[19] Pada 14 September, kumpulan ini memenangi kemenangan program muzik pertama mereka di SBS MTV The Show dengan skor keseluruhan 8,760 mata.[20]

Pada 28 Januari 2022, High Up Entertainment mengumumkan bahawa STAYC akan mengeluarkan album baharu pada bulan Februari 2022.[21] Pada 8 Februari, telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album mini kedua mereka Young-Luv.com dengan single utama "Run2u" pada 21 Februari.[22] Album ini memulakan debut di Gaon Album Chart, menjadi album nombor satu pertama mereka pada carta.[23]

Rujukan

WikiPedia: STAYC http://gaonmusicawards.com/sub.php?sub=3&ti=1 http://gaonmusicawards.com/sub.php?sub=3&ti=3 http://www.highup-ent.com/stayc/ http://billboard.co.kr/chart/week/ http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga...