STS-135
STS-135

STS-135

STS-135 (penerbangan ULF7 pemasangan ISS)[4] ialah misi terakhir program Space Shuttle NASA dan A.S.[5][6] Ia menggunakan perkakasan yang asalnya diperuntukkan untuk misi kecemasan STS-335, kerana misi penyelamatan Launch On Need (LON) yang diperuntukkan untuk menyokong STS-134 tidak diperlukan lagi. Misi ini dilancarkan pada 8 Julai dan dijadualkan mendarat pada 20 Julai 2011, namun kemudian diperpanjangkan sehingga 21 Julai 2011. Anak kapal empat orang STS-135 merupakan yang terkecil bagi mana-mana misi bolak-balik angkasa lepas sejak STS-6 pada April 1983. Kargo utama misi ini ialah Multi-Purpose Logistics Module (MPLM) Raffaello dan sebuah Lightweight Multi-Purpose Carrier (LMC). Penerbangan MPLM Raffaello menaiki Bolak-Balik Angkasa Lepas Atlantis juga menandakan kali pertama dan terakhir Atlantis membawa sebuah MPLM ke angkasa lepas.[7]Walaupun kebenaran untuk misi ini telah diberikan, ia pada awalnya tidak diperuntukkan dalam belanjawan NASA, menimbulkan persoalan sama ada misi akan terbang atau tidak. Pada 20 Januari 2011, pengurus program menukar STS-335 kepada STS-135 pada manifes penerbangan. Ini membenarkan latihan dan persediaan khusus misi lain dijalankan.[8] Pada 13 Februari 2011, pengurus program memaklumkan para tenaga kerja yang STS-135 akan terbang "tanpa mengira" situasi kewangan melalui resolusi berterusan.[9] Sehingga waktu itu, tidak terdapat rujukan rasmi terhadap misi STS-135 dalam dokumentasi rasmi NASA untuk orang awam.[10][11][12][13]Misi ini dimasukkan dalam sah kuasa 2011 NASA,[14] disahkan dalam undang-undang pada 11 Oktober 2010, namun pendanaan kekal bergantung kepada rang undang-undang peruntukan berikutnya. Kerajaan A.S. meluluskan belanjawan untuk ini pada pertengahan-April 2011, menyeru $5.5 bilion untuk bahagian operasi angkasa lepas NASA, termasuk program bolak-balik dan pangkalan angkasa lepas.[15]

STS-135

Pendaratan 21 Julai 2011 05:57:54 EDT (9:57 UTC) di KSC[3]
Nama misi STS-135
Tempoh misi 12 hari, 18 jam, 28 minit, 50 saat[3]
Pelantar pelancar 39A
Kecondongan orbit 51.6 darjah
Altitud orbit 122 nmi (226 km)
Bolak-balik angkasa Atlantis
Pelancaran 8 Julai 2011 11:29:3.1 EDT (15:29 UTC)[1][2]
Misi sebelumMisi selepas
Misi sebelumMisi selepas

STS-134
Tamat
(misi terakhir)

Rujukan

WikiPedia: STS-135 http://www.aviationweek.com/aw/generic/story_chann... http://blogs.chron.com/finalmission/ http://www.msnbc.msn.com/id/39872790/ns/technology... http://www.nasaspaceflight.com/2010/08/nasa-approv... http://www.nasaspaceflight.com/2011/02/nasa-insist... http://www.nasaspaceflight.com/2011/06/sts-135-fin... http://articles.orlandosentinel.com/2010-10-28/new... http://www.spaceflightnow.com/shuttle/sts135/11042... http://www.universetoday.com/74695/additional-shut... http://frwebgate.access.gpo.gov/cgi-bin/getdoc.cgi...