Sabar_(Lagu)

Sabar ialah single pertama daripada penyanyi pendatang baharu di dunia seni muzik Malaysia, Ismail Izzani. Single tersebut diciptakan secara bersama-sama oleh Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani dan Zyn.Video muzik rasmi daripada single berkenaan juga telah dimuat naik di 'World Peace Entertainment' YouTube pada tarikh 24 Februari 2017, 2 hari selepas ia keluar secara rasmi di ITunes, Joox dan Spotify. Lagu tersebut juga mendapat sambutan hangat dan respon positif daripada penikmat muzik Malaysia. Dalam tempoh empat bulan sahaja muzik video lagu berkenaan sudah ditonton lebih lapan juta kali.[1]Lagu Sabar juga turut popular dalam kalangan peminat di Indonesia sehingga dimainkan di pusat hiburan di sana. Malah, ada orang yang menyangkakan Ismail Izzani penyanyi Indonesia. Sambutan yang memberangsangkan ini, menyebabkan Ismail bersama syarikat naungannya World Peace Entertainment turut merancang untuk turun ke Indonesia bagi meluaskan sayap Sabar ke Indonesia.[1]

Sabar_(Lagu)

Dikeluarkan pada Februari 22, 2017
Penulis Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani, Zyn
Format Muat turun digital
Panjang 3:31
Dirakam pada 2017
Genre Pop, R&B
Syarikat World Peace Entertainment