Safehouse_Records

Safehouse Records ialah syarikat rakaman Amerika Syarikat yang diwujudkan oleh penyanyi Demi Lovato, Nick Jonas dan pengurus mereka Phil McIntyre. Diumumkan pada 26 Mei 2015, matlamat mereka adalah untuk "meletakkan artis dalam kawalan seni mereka sambil menyediakan mereka alat terbaik untuk menguruskan kerjaya mereka".[1] Album rasmi pertama yang dikeluarkan dari label ialah album studio kelima Lovato, Confident (2015), diikuti oleh Nick Jonas X2, keluaran semula album kedua bertajuk Jonas. Pada 15 Disember 2015, ia diumumkan yang lebel tersebut menandatangani perjanjian bersama Universal Music Publishing Group, dan juga mengalu-alukan Chord Overstreet untuk perjanjian penerbitan, sebagai sebahagian daripada Safehouse Publishing.[2]