Sagantang

Sagantang ataupun tapai, minuman arak tradisional bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah. Ia diperbuat daripada campuran nasi dan laru iaitu sejenis pengawet yang juga digunakan dalam pembuatan nasi tapai. Nasi yang telah ditanak kemudian diletakkan di dalam satu bekas yang kering lalu dicampurkan dengan sasad dan dikacau sehingga sebati. Apabila nasi dan sasad telahpun sebati, ia kemudian dimasukkan ke dalam tempayan (tajau) dan ditutup dengan menggunakan plastik yang bersih. Ia diperam mengikut kehendak pembuat kerana semakin lama diperam, semakin tinggi kandungan alkohol sagantang tersebut. Biasanya apabila sebulan diperam, sagantang tersebut bolehlah diminum.