Sains alam sekitar ialah
kajian tentang saling bertindakbalas antara juzuk-juzuk
fizik,
kimia, dan
biologi di dalam
alam semula jadi. Tumpuannya adalah kepada
pencemaran dan kemerosotan persekitaran yang diakibatkan oleh kegiatan-kegiatan
manusia, serta kesannya terhadap
biokepelbagaian.
Sains ini juga mengkaji
kemampanan alam sekitar terhadap pembangunan, baik tempatan mahupun sejagat. Sains alam sekitar memang merupakan satu bidang antara disiplin yang bukan sahaja memperoleh bahan-bahan pengetahuannya daripada bidang-bidang sains teras, tetapi juga daripada kajian-kajian bukan sains seperti
ekonomi,
undang-undang, dan
sains sosial.
Fizik dipergunakan untuk memahami fluks saling tindak antara bahan-bahan dan tenaga, serta untuk membina model-
model matematik bagi fenomena-fenomena alam sekitar.
Kimia digunakan untuk memahami saling-saling tindak
molekul dalam sistem-sistem alamiah, manakala
biologi merupakan asas untuk memerihalkan kesan-kesan dalam alam
tumbuhan dan
haiwan.Walaupun konsep sains alam sekitar telah wujud berabad-abad lagi, konsep ini baru menjadi sebuah bidang penyelidikan saintifik yang aktif pada dekad
1960-an dan
1970-an setelah didorong oleh: