Sejarah SalamAir

Syarikat Penerbangan Salam Air dimiliki oleh Syarikat Pembangunan dan Pelaburan Nasional Muscat (ASAAS) yang memenangi tender kerajaan pada Bulan Januari Tahun 2016. Ditubuhkan pada Tahun 2014, ASAAS ialah perkongsian antara Dana Rizab Umum Negeri, Muscat Municipality, dan pelbagai dana pencen. [9] Pihak Berkuasa Awam Oman untuk Penerbangan Sivil (PACA) telah mengundang tawaran pada Tahun 2015 untuk pengendali syarikat penerbangan komersial tambang murah di Oman. [petikan diperlukan]Syarikat penerbangan ini mengendalikan sebanyak tiga Airbus A320-200 yang dipajak dari Kumpulan LATAM Amerika Selatan. [10] Pesawat pertamanya tiba di Bandaraya Muscat pada Tarikh 18 November 2016 bertepatan dengan Hari Kebangsaan negara itu. [11] Syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan antara bandar-bandar di Oman dari Muscat dan Salalah dari Tarikh 30 Januari 2017, [12] SalamAir menerbangkan laluan Muscat - Dubai penerbangan itu merupakan perkhidmatan antarabangsa pertama, pada Tarikh 28 Februari 2017 (2017-02-28) . Pada mulanya ia melayani laluan ke Dubai World Central tetapi perkhidmatan tersebut telah bertukar laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Bulan Oktober Tahun 2017. [13] Sejak dibuka, Syarikat Penerbangan Salam Air mula beroperasi ke Bandar Jeddah, Madinah dan Ta'if di Arab Saudi, dan juga telah melancarkan penerbangan ke Karachi, Multan, Sialkot dan di Pakistan. Qatar direncanakan menjadi Negara ketiga untuk syarikat penerbangan itu dan akan beroperasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad . [14]

Rujukan

WikiPedia: SalamAir http://www.arabianbusiness.com/oman-s-salam-air-sa... http://atwonline.com/airframes/omani-startup-salam... http://atwonline.com/airports-routes/omans-salamai... http://aviationtribune.com/airlines/middle-east/sa... http://www.ch-aviation.com/portal/airline/SM1 http://gulfbusiness.com/omans-salamair-launches-ma... http://www.routesonline.com/news/29/breaking-news/... http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.atheer.om/en/43723/salam-air-inaugurate... https://www.ch-aviation.com/portal/news/83501-oman...