Karya-karya Sallust

Akaunnya untuk pengkomplotan Catiline (De coniuratione Catilinae atau Bellum Catilinae) dan Perang Jugurthine (Bellum Jugurthinum) telah sampai ke kita dengan lengkap, bersama-sama dengan cebisan-cebisan untuk karyanya yang lebih besar dan yang terpenting, iaitu (Historiae), sebuah sejarah Rom dari 78-67 SM yang bertujuan sebagai lanjutan untuk karya Cornelius Sisenna.

Pengkomplotan Catiline

Pengkomplotan Catiline (karya terbitannya yang pertama) mengandungi sejarah untuk tahun 63 SM yang tidak dapat dilupakan. Sallust menerimagunakan pandangan yang biasa diterima terhadap Catiline, dan memerihalkannya sebagai musuh sengaja undang-undang, ketenteraman, dan kesusilaan, tetapi tidak memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang pandangan dan tujuannya. Harus diingati bahawa Catiline telah menyokong parti Sulla yang ditentangi oleh Sallust. Mungkin terdapatnya kebenaran dalam cadangan Mommsen bahawa Sallust ingin membebaskan Caesar, penaungnya, daripada segala tuduhan terhadap keterlibatannya dalam pengkomplotan itu.

Dalam penulisannya tentang Pengkomplotan Catiline, nada, gaya, dan pemerihalannya terhadap tingkah laku golongan bangsawan menunjukkan bahawa Sallust amat risau terhadap kemerosotan moral Rom. Sedangkan beliau merungut dengan pahit tentang hidup Catiline yang tidak bermaruah serta perbuatan-perbuatan yang kejamnya, beliau tidak gagal menyatakan bahawa orang itu mempunyai banyak sifat yang mulia, malah semua sifat yang seorang Rom memerlukan untuk berjaya.

Perkara ini memberikan Sallust peluang untuk menayangkan retoriknya semasa mempersendakan golongan bangsawan lama Rom yang kemerosotan moral mereka, beliau menyeronokkan diri dengan penggambaran mereka dalam warna-warna yang paling gelap. Pada keseluruhannya, Sallust masih adil terhadap Cicero.

Perang Jugurthine

Dalam Perang Jugurthine, banyak orang berpendapat sekali lagi bahawa karya Sallust ini tidak memuaskan, walaupun karya ini merupakan sebuah monograf yang bernilai dan menarik. Kita boleh mengandaikan bahawa beliau telah mengumpulkan bahan-bahan untuk karya ini semasa kegabenorannya di Numidia. Di sini juga, Sallust banyak memperkatakan tentang kelemahan senat dan golongan bangsawan yang seringnya ditulis dalam mud yang menghujahkan soal moral dan falsafah dengan gaya yang amat membosankan, tetapi sebagai sejarah tentera, karya ini tidaklah memuaskan dari segi perincian geografi dan kronologi.

Karya lain

Cebisan-cebisan Sejarah-sejarah yang masih wujud (sesetengah ditemui pada tahun 1886) adalah cukup untuk menggambarkan pemihak politik ini yang amat suka memerihalkan reaksi terhadap dasar dan undang-undang diktator selepas kematiannya. Kehilangan karya ini amat dikesali kerana karya ini dapat memberikan banyak keterangan tentang tempoh itu yang penuh peristiwa, termasuk perang dengan Sertorius, kempen-kempen Lucullus terhadap Mithradates VI of Pontus, serta kemenangan-kemenangan Pompey di Timur.

Dua pucuk surat, satu mengenai nasihat politik yang dialamatkan kepada Caesar (Duae epistolae de republica ordinanda), dan satu lagi mengenai bidasan terhadap Cicero (Invectiva or Declamatio in Ciceronem), seringnya dikatakan ditulis oleh Sallust, tetapi mungkin merupakan karya seorang retorik abad pertama yang juga menulis caci maki balas oleh Cicero.