Kesimpulan Sama_Veda

Sāma Veda telah disanjung tinggi dalam Veda-Veda lain.[4][5] Sri Krishna, ketika menghuraikan tentang diri-Nya dalam Bhagavad Gita berkata, 'Dalam kalangan Veda, Aku adalah Sāma Veda'.[6]

Oleh kerana mantra-mantra Sāma Veda adalah sebenarnya mantra-mantra Rig Veda yang disusun dengan muzik, ia tidak mempunyai sebarang falsafahnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, beberapa Sāma memberikan idea-idea Bhakti atau cinta pada Tuhan yang sangat mulia.

Meskipun karya ini hanya pendek, tetapi dengan muziknya yang merdu, nilai kesusasteraan yang tinggi serta sentimen Bhakti yang mulia, Sāma Veda telah menjadi suatu Veda yang popular.