Karya Sami_Yusuf

Sami Yusuf telah ditemu ramah oleh Majalah Time dan menggelar beliau sebagai "Islam's Biggest Rock Star", gambar beliau dijadikan sebagai muka depan oleh 12 media massa yang lain di seluruh dunia. Sami merupakan seorang yang mempunyai spiritual atau batin yang kuat. Beliau sering menggunakan seninya dan muziknya sebagai suratan mesej-mesej cinta, kasih-sayang, keamanan dan toleransi, selain menggalakkan orang-orang muda untuk berbangga dengan keperibadian mereka. Lagu Sami Yusuf telah mengubah industri "nasyid" dan telah melahirkan sebuah generasi muzik Islam yang moden. Album beliau yang terkini "Wherever You Are" telah dipersetujui sebagai hit terbesar di seluruh dunia.

2003-2005: Album Pertama

Album Beliau yang pertama adalah Al-Mu'allim telah diciptakan sendiri dan dikeluarkan pada Julai 2003 dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

2005: Album Kedua

Yusuf di Scotland, 2006

Album beliau yang kedua, My Ummah telah dikeluarkan pada 2005 datang dalam dua siri, siri muzik dan siri suara. Beliau mencipta banyak lagu dalam begbagai-bagai bahasa yang mana kebanyakannya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, Bahasa Turki, dan Bahasa Urdu. Beliau telah mengadakan konsert di seluruh dunia, dan albumnya kebanyakan dikalangan pemuda-pemuda islam dalam particularnya Turki dimana konsertnya dihadiri lebih 250,000 orang di Istanbul pada 2007.

Album Ketiga

Album beliau yang ketiga, Without You, dirancang untuk dikeluarkan pada pertengahan 2008 tetapi telah ditunda kerana perselisihan dalam kontrak. Sebuah album menggunakan nama yang sama kemudiannya dikeluarkan oleh Awakening Records pada Januari 2009. Sami Yusuf kemudiannya memulakan 'official website'nya sendiri dan mengeluarkan album tersebut tanpa pengetahuan atau keizinan beliau. Beliau telah meminta semua peminat beliau untuk memulaukan album tiruan tersebut. Walaubagaimanapun, pada bualan April 2009 Awakening Records menyambung semula pengeluaran album dengan menampilkan Sami Yusuf di sebahagian websites syarikat tersebut dengan kenyataan "sebuah album dengan kualiti yang sangat tinggi" dengan unsur utama "11 track rakaman profesional". Awakening berkata ianya sediaada dibuat bayaran yang kukuh kepada Sami Yusuf untuk album ketiganya, yang mana telah diiklankan diwebsitesnya sejak Mei 2008. Yusuf telah pun mengeluarkan dua album dengan syarikat Awakening dan didaftarkan secara keseluruhannya sebanyak lima lagu. Awakening telah membayar beliau secara keseluruhannya dalam Julai 2009, Yusuf menyatakan bahawa mereka tidak lagi membayarnya.