Samudera_(kumpulan_muzik)

Kumpulan Samudera merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an. Sebelum Ujang dan Jimmy menganggotai Kumpulan Samudera mereka pernah menganggotai Kumpulan Axthara. Pada 1993, Samudera mengeluarkan Album yang berjudul Titian Hasrat, Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album yang berjudul Terminal Cinta. Bagaimanapun kumpulan ini paling dikenali pada tahun 1995 dengan lagu Salam Sejahtera. Pada 1997 Vokalist kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray dengan album yang berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, yang popular dengan lagu Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku, Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.Pada masa sekarang Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat. Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ujang tidak menyanyi bersama Samudera kerana sakit dan kumpulan itu juga sudah menggunakan vokalis baru. Pada 31 Januari 2017, beliau telah ditemukan meninggal dunia di kediamannya.

Samudera_(kumpulan_muzik)

Pekerjaan Vokal/Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Axthara
Syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (1993–1996)
Laman sesawang Lirik lagu
Ahli Ujang (Vokal)
EJ - (Vokal)
Tajul - (Gitar)
Jimmy - (Bass)
A'ai - (Dram)
Genre Slow rock, Rock
Bekas ahli Syed - (Gitar)
Azmi - (Gitar)
Ajam - (Vokal)
Josie - (Gitar)
Tahun aktif 1991–1996