Sinopsis Sang_Pewaris

Ali/Dali, (Ben Amir) seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad (Harun Hashim) dan Mak Bedah (Sheila Mambo). Meskipun mereka sejenis ingin cepat kaya, tetapi mereka sangat sayangkan anak angkat mereka memandangkan mereka sendiri tidak dapat zuriat. Ali sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Dia sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Haji Mahmud (Zamarul Hisham) bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tan Sri Megat Khairuddin (Zaefrul Nordin) dan Puan Sri Kamariah (Zarynn Min) dan diminta untuk pulang atas arahan majikannya. Nama sebenar Ali adalah Megat Dali. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar bernama Megat Amer (Ben Amir). Haji Mahmud meminta Ali bertemu dengan keluarga kandungnya, namun Ali mengubah fikirannya dan menghilangkan diri.

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara Aireena (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Mereka sering bertelagah terutamanya mengenai bunga-bunga yang Zara sayangi. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya, Megat Amer. Ali juga mahu mencari kebenaran mengenai kisah penculikannya sewaktu bayi dan punca dan mengapa Puan Sri Kamariah memiliki sikap suka menyendiri dan seakan-akan orang gila. Dengan bantuan Zara, anak kandung Haji Mahmud, dia dapat menyiasat lebih lanjut siapakah dalang dalam penculikannya. Dalangnya adalah orang yang terdekat dengan keluarga Puan Sri Kamariah. Namun begitu,siapakah gerangan orang tersebut? Adakah Haji Mahmud? Atau Zara yang dipaksa menjaga Puan Sri Kamariah sejak kecil? Atau mungkinkah pembantu rumah dan pemandu peribadi, Che Som (Ieda Moin) dan Pak Kadir (Acong Sweetchild)?. Atau juga Dr Mahfuz (Fizz Fairuz) yang merupakan doktor peribadi Puan Sri Kamariah?

Berkaitan