Santo_Nicholas
Santo_Nicholas

Santo_Nicholas

Santo Nicholas (Bahasa Yunani: Ἅγιος Νικόλαος, Hagios Nikólaos; Bahasa Latin: Sanctus Nicolaus) (15 Mac 270 – 6 Disember 343 M),[1][2] juga digelar Nikolaos dari Myra, ialah seorang tokoh santo Kristian abad ke-4 dan Biskop Yunani Myra (Demre, sekarang sebahagian wilayah Turki)[3] Oleh sebab banyak keajaiban yang disandarkan pada pengantaraan beliau, Santo Nicholas juga digelar Nikolaos Pekerja Ajaib (Νικόλαος ὁ Θαυματουργός, Nikolaos ho Thaumaturgos). Beliau memiliki reputasi sebagai seorang yang suka memberi hadiah secara rahsia dan oleh sebab itu, menjadi model buat Santa Claus, yang nama modennya datang daripada perkataan Belanda, Sinterklaas.Hari perayaan beliau jatuh pada 6 Disember setiap tahun.

Santo_Nicholas

Lahir 15 Mac 270
Patara, Lycia et Pamphylia, Asia Kecil
Meninggal 6 Disember 343 (usia 73)
Myra, Lycia
Atribut Diberikan hak sebagai biskop, Dalam Kristian Timur, memakai omophorion dan memegang sebuah Kitab Gospel. Kadang-kadang ditunjukkan dengan Jesus Christ pada satu bahu, memegang sebuah Kitab Gospel dan dengan Theotokos pada bahu yang lain, memegang omophorion
Dihormati oleh Anglikanisme, Pembaptis, Katolikisme, Ortodoks Timur, Lutheranisme, Methodisme, Ortodoks Oriental, Presbitarianisme, Reformasi
Tempat keramat Basilica di San Nicola, Bari, Itali
Hari perayaan 6 Disember [O.S 14 Disember] (utama)
9 Mei [O.S 22 Mei] (terjemahan relik)
Naungan Kanak-kanak, pembuat tong, pelayar, nelayan, saudagar, siarawan, tertuduh, pencuri yang bertaubat, ahli farmasi, pemanah, pemegang pajak gadai