Etimologi Saracen

Kulit hitam Saracen ditekankan dalam perincian lukisan Tentera Saracen di luar Paris. Lukisan berkaitan kejadian rekaan dan dihasilkan oleh Julius Schnorr von Carolsfeld, pada tahun 1822-27.

Perkataan Saracen berasal daripada Bahasa Yunani (Σαρακηνός), yang mungkin berasal daripada bahasa Arab شرقيين syarqiyyin ("orang-orang timur"), namun kemungkinan ini tidak mempunyai asas yang kukuh.[4] Istilah ini pertama kali dipakai pada awal zaman Rom kuno untuk menggelar sebuah suku Arab di Semenanjung Sinai. Pada awal zaman selepas masihi, penulisan dalam bahasa Yunani dan Latin perkataan Saracen merujuk kepada orang yang tinggal di kawasan gurun di dalam dan berhampiran wilayah Arabia Romawi (Arabia Petrea); mereka dibezakan secara khusus daripada orang Arab.[5][6] Pada masa-masa berikutnya, orang-orang Kristian Rom memperluaskan penggunaan ini kepada orang Arab secara keseluruhan. Setelah berkembangnya agama Islam, terutama pada masa Perang Salib, istilah ini digunakan terhadap seluruh Muslim (orang Islam).[7] Istilah ini disebarkan ke Eropah Barat oleh orang-orang Byzantium (Rom Timur) dan Tentera Salibi.[1]