Stadium Sarawak_FA

Stadium Sarawak FA ialah Stadium Sarawak yang berkapasiti 40,000 tempat duduk. Sebelum ini, Sarawak FA bermain di Padang Jubli di Jalan Padungan daripada perlawanan pertama mereka sehingga pertengahan tahun 80-an sebelum berpindah ke Stadium Negeri. Pasukan ini bermain di Stadium Negeri sehingga tahun 1997, dan berpindah ke Stadium Sarawak selepas Kejohanan Belia FIFA 1997

Pada tahun 2011, Stadium Negeri menjadi pilihan pasukan Sarawak selepas Stadium Sarawak dinaiktaraf untuk persediaan Sukan Malaysia 2016 di mana Kuching akan menjadi tuan rumah.