Sardini
Sardini

Sardini

Sardini ialah suku ikan pemangsa bersirip ruji bersaiz sedang dalam keluarga Scombridae – sebuah keluarga yang dikongsikan dengan suku kembung, tuna dan tenggiri, dan juga setan jangki.[1] Sering dipanggil bonito atau kenyar, ia terdiri daripada lapan spesies merentasi empat genus; tiga daripada empat genus ini monotip iaitu setiapnya mempunyai hanya satu spesies. Ikan ini hampir menyerupai aya jepun, yang turut dipanggil "bonito", khususnya dalam konteks bahasa Jepun.