Kerjaya Sarena_Hashim

Sarena memulai kerjaya seninya dengan memasuki pertandingan Bintang Radio pada tahun 1966, namun tidak berjaya menyerlah, cuma mendapat tempat naib johan, Bahagian Langgam, di peringkat negeri Pulau Pinang. Dia tidak patah semangat, sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat peluang merakamkan lagu ke piring hitam. Album pertamanya dikeluarkan pada tahun 1970 memuatkan dua buah lagu iaitu Mimpiku dan Panggillah Daku.

Kedua lagu tersebut berjaya mengangkatnya sebagai penyanyi yang diminati. Suaranya yang lembut dan manja menjadikan lagu-lagunya satu kelainan.

Selepas itu, sebuah demi sebuah EP dan LP dihasilkannya. Antara lagu yang mendapat tempat ialah Ku Inginmu Jua, Dua Kali Dua, Setiap Masa, Menanti Malam Tiba, Kanda dan Dinda, Bersama dan banyak lagi.

Antara pengalaman manis yang dikecapinya ialah berpeluang ke India atas undangan EMI India, di mana dia diberi kesempatan bertemu banyak pelakon dan penyanyi popular negara itu.

Sarena juga pernah menjadi pilihan pengarah Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Menanti Hari Esok dengan melakonkan watak antagonis.

Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, dia menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan berkahwin kali kedua dengan anak pengarah terkenal Datuk L. Krishnan. [1]