Satelit_cuaca
Satelit_cuaca

Satelit_cuaca

Satelit cuaca biasanya merupakan satelit yang digunakan bagi memantau cuaca Bumi. Satelit meteorologikal, bagaimanapun, melihat lebih dari awan atau sistem awan. Lampu bandar, api, kesan pencemaran, aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji, pemetaan air batu, sempadan arus laut, aliran tenaga, dll., merupakan jenis maklumat alam sekitar lain yang dikumpulkan menggunakan satelit cuaca.Imej satelit cuaca membantu dalam memantau awan abu gunung berapi dari Gunung St. Helens dan aktiviti dari gunung berapi lain seperti Gunung Etna. Asap dari kebakaran hutan di barat Amerika Syarikat seperti Colorado dan Utah turut dipantau. Satelit alam sekitar lain mampu mengesan pertukaran pada tumbuhan Bumi, keadaan laut, warna laut, dan padang air batu. Sebagai contoh semasa tumpahan minyak 2002 di persisiran pantai timur laut Sepanyol dipantau dengan teliti oleh ENVISAT Eropah, yang sungguhpun bukan satelit cuaca, mempunyai peranti (ASAR) yang mampu melihat pertukaran pada permukaan laut.El Niño dan kesannya kepada cuaca dipantau secara harian dari imej satelit. Lubang ozon Antarctik dipeta menggunakan data satelit cuaca. Secara keseluruhan, satelit cuaca yang diterbangkan oleh Amerika Syarikat, Europe, India, China, Russia, dan Jepun memberikan pemantauan berterusan bagi pemantauan cuaca sejagat.

Berkaitan