Scarlett_Johansson
Scarlett_Johansson

Scarlett_Johansson

Scarlett Johansson (/dʒoʊˈhænsən/ joh-HAN-sən; lahir November 22, 1984)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan pertamanya dalam filem North (1994). Pada tahun 1996, beliau telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit untuk lakonannya dalam Manny & Lo, mendapat pujian dan menjadi lebih terkenal menerusi The Horse Whisperer (1998) dan Ghost World (2001). Beliau beralih kepada peranan dewasa dalam Girl with a Pearl Earring (2003) dan Lost in Translation (2003), dimana untuk filem itu beliau memenangi anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik.Filem beliau selepas itu termasuk A Love Song for Bobby Long (2004), Match Point (2005), The Island (2005), The Black Dahlia (2006), The Prestige (2006), The Other Boleyn Girl (2008), Vicky Cristina Barcelona (2008) dan He's Just Not That Into You (2009). Beliau telah melakonkan watak Marvel Comics, Natasha Romanoff / Black Widow dalam Marvel Cinematic Universe; muncul dalam Iron Man 2 (2010), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), Captain Marvel dan Avengers: Endgame (kedua-duanya 2019). Filem Johansson terbaru termasuk Don Jon (2013), Her dan Under the Skin (2014). Beliau memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam pementasan Anugerah Tony untuk persembahannya dalam Broadway 2010, A View from the Bridge. Sebagai penyanyi, Johansson telah mengeluarkan dua album, Anywhere I Lay My Head dan Break Up.

Rujukan

WikiPedia: Scarlett_Johansson http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=20022... http://www.austinchronicle.com/gyrobase/Calendar/F... http://boxofficemojo.com/movies/?id=ironman2.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=ghostworld... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hesjustnot... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=lucy.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=vickycrist... http://articles.cnn.com/2003-12-18/entertainment/g... http://www.cnn.com/2013/09/05/showbiz/scarlett-joh... http://www.contactmusic.com/new/xmlfeed.nsf/mndweb...