Captain_America:_Civil_War
Captain_America:_Civil_War

Captain_America:_Civil_War

Captain America: Civil War ialah filem adiwira Amerika Syarikat 2016 menampilkan watak Marvel Comics, Captain America, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Captain America: The First Avenger dan filem 2014, Captain America: The Winter Soldier. Filem ini merupakan filem ketiga belas dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dengan lakon layar oleh Christopher Markus & Stephen McFeely. Ia menampilam barisan pelakon terdiri daripada Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl dan William Hurt. Pembangunan Captain America: Civil War bermula pada lewat tahun 2013 apabila Markus dan McFeely mula menulis skrip yang meminjam konsep dari komik 2006, Civil War oleh Mark Millar dan Steve McNiven. Adik-beradik Russo dibawa masuk semula pada awal tahun 2014 selepas reaksi positif terhadap ujian tayangan The Winter Soldier. Tajuk filem didedahkan pada bulan Oktober 2014 dan Downey telah ditambah ke dalam barisan pelakon dengan beberapa pelakon lain menyertai filem ini pada bulan-bulan berikutnya. Filem ini memulakan fotografi utama pada bulan April 2015 di Metro Atlanta sebelum selesai di Jerman pada bulan Ogos 2015.Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016 dalam format 3D dan IMAX 3D.

Captain_America:_Civil_War

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Captain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Lakon layar oleh Christopher Markus
Stephen McFeely
Muzik oleh Henry Jackman
Disunting oleh Jeffrey Ford
Pengarah
Penerbit Kevin Feige
Pecah panggung $1.152 puluh juta[1]
Mula ditayangkan
  • 28 April 2016
    (Malaysia)
  • 6 Mei 2016
    (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Trent Opaloch
Tempoh tayangan 147 minit
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Perbelanjaan $250 juta[1]

Rujukan

WikiPedia: Captain_America:_Civil_War http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/11/photos-from-th... http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/13/photos-from-th... http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/15/photos-chris-e... http://www.bizjournals.com/atlanta/news/2015/04/29... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=marvel2016... http://collider.com/avengers-3-4-chris-hemsworth-r... http://collider.com/captain-america-3-script-joe-a... http://collider.com/captain-america-3-story-christ... http://collider.com/captain-america-3-title-script... http://collider.com/chris-evans-eager-to-extend-ma...