Produksi Captain_America:_Civil_War

Pembangunan

Menjelang bulan Januari 2014, Anthony dan Joe Russo telah menandatangani untuk mengarah filem ketiga Captain America yang disahkan oleh mereka pada bulan Mac 2014 dengan Chris Evans kembali sebagai Captain America, Kevin Feige menerbit dan Christopher Markus & Stephen McFeely kembali untuk menulis skrip.[6][7] Markus dan McFeely mendedahkan bahawa mereka mula bekerja untuk skrip pada lewat tahun 2013,[8] manakala adik-beradik Russo mula bekerja pada bulan Februari 2014.[9][10]

Pada bulan April 2014, Marvel mengumumkan tarikh tayangan adalah pada 6 Mei 2016,[11] dan Trent Opaloch yang merupakan ahli sinematografi untuk The Winter Soldier berkata dia akan kembali untuk filem sekuel ini.[12] Pada bulan Julai 2014, Markus dan McFeely menyatakan bahawa mereka berada pada pertengahan draf pertama filem ini dan penggambaran dijangka bermula pada bulan April 2015.[13]

Pra-produksi

Menjelang bulan Oktober 2014, Robert Downey Jr. telah memasuki rundingan terakhir untuk menyambung wataknya sebagai Tony Stark / Iron Man dalam filem ini. Pada akhir bulan, ia telah disahkan bahawa Sebastian Stan akan kembali sebagai Bucky Barnes / Winter Soldier,[14] dan beberapa hari kemudian, Marvel mendedahkan bahawa filem ini akan bertajuk Captain America: Civil War, mengesahkan penampilan Downey dan mengumumkan bahawa Chadwick Boseman akan muncul dalam filem ini sebagai Black Panther sebelum filem solonya sendiri.[15][16][17] Feige juga mengesahkan bahawa filem ini akan menjadi filem pertama dalam Fasa 3 MCU.[18]

Pada bulan November 2014, Daniel Brühl telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan,[19] manakala Anthony Mackie dan Frank Grillo disahkan akan kembali sebagai Sam Wilson / Falcon dan Brock Rumlow / Crossbones.[19][20] Susulan penggodaman komputer-komputer Sony Pictures pada bulan November 2014, e-mel diantara pengerusi Sony Pictures Entertainment, Amy Pascal dan presiden, Doug Belgrad didedahkan, menyatakan bahawa Marvel mahu memasukkan Spider-Man (dimana hak filem adalah milik Sony) di dalam filem ini. Walau bagaimanapun, perbincangan diantara kedua-dua studio gagal dicapai.[21] Akhirnya, Sony Pictures dan Marvel Studios mencapai perjanjian perlesenan untuk kegunaan Spider-Man di dalam sebuah filem MCU film pada bulan Februari 2015,[22] dan laporan menyatakan bahawa karakter ini akan muncul dalam Civil War.[23][24]

Pada bulan Januari 2015, Mackie mendedahkan bahawa sebagai tambahan kepada Atlanta, lokasi penggambaran lain adalah Puerto Rico dan Berlin,[25] manakala adik beradik Russo mengesahkan bahawa Scarlett Johansson akan kembali dalam filem ini sebagai Natasha Romanoff / Black Widow.[26] Pada akhir bulan, penyunting filem, Jeffrey Ford yang bekerja untuk The Winter Soldier menandatangani untuk Civil War.[27] Pada bulan Mac 2015, Jeremy Renner telah didedahkan akan menyambung wataknya sebagai Clint Barton / Hawkeye.[28] Pada bulan April 2015, ia telah didedahkan bahawa filem ini akan ditukar ke dalam format 3D semasa pasca produksi dan bahawa Brühl akan melakonkan watak Baron Helmut Zemo.[29][30] Elizabeth Olsen mendedahkan bahawa beliau akan menyambung wataknya di dalam filem ini sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch.[31]

Penggambaran

Set filem untuk Captain America: Civil War di Downtown Atlanta.

Fotografi utama bermula pada 27 April 2015[30][32] di Fayette County, Georgia di bawah tajuk Sputnik.[33] Lokasi penggambaran lain di kawasan metropolitan Atlanta termasuk Buckhead,[34] Gereja Kristian Peachtree di Midtown Atlanta,[35] Downtown Atlanta,[36] dan Norcross, Georgia.[34] Penggambaran tambahan juga dijadual mengambil tempat di Puerto Rico dan Iceland.[37][25] Captain America: Civil War merupakan filem pertama untuk menggunakan kamera digital 2D IMAX. Menurut Joe Russo, lebih kurang lima belas minit filem ini dirakam menggunakan kamera tersebut.[30]

Pada awal bulan Mei, Marvel mengumumkan bahawa Martin Freeman telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan[3] manakala Paul Bettany, Don Cheadle, Paul Rudd, Emily VanCamp dan William Hurt didedahkan untuk menyambung watak mereka sebagai Vision, James Rhodes / War Machine, Scott Lang / Ant-Man, Sharon Carter / Agent 13 dan Thaddeus "Thunderbolt" Ross.[37][38] Samuel L. Jackson yang muncul sebagai Nick Fury di dalam dua filem Captain America sebelumnya berkata beliau terkejut untuk mengetahui bahawa beliau tidak akan muncul dalam Captain America: Civil War.[39] Selepas pendedahan barisan penuh pelakon filem ini, ramai peminat merujuk filem ini sebagai "Avengers 2.5".[40][41][42][43][44]

Pada akhir bulan Mei, adik-beradik Russo bersama Feige dan Pascal mengadakan satu ujian skrin di Atlanta untuk enam pelakon lelaki remaja yang sedang diperhatikan untuk watak Peter Parker / Spider-Man dimana pelakon-pelakon ini diuji dengan Downey dan Evans.[45][46] Tom Holland telah dipilih sebagai Peter Parker / Spider-Man.[47] Pada bulan Julai 2015, Jonathan M. Goldstein, salah seorang penulis untuk filem solo Spider-Man mengesahkan bahawa Holland akan muncul dalam filem ini.[48]

Menjelang akhir bulan Jun, separuh daripada penggambaran telah diselesaikan[49] dengan produksi berpindah ke Jerman pada awal bulan Ogos 2015.[50] Lokasi penggambaran di Jerman termasuk Stadium Olimpik, Berlin[51] dan Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Schkeuditz.[52] Fotografi utama selesai pada Ogos 22, 2015.[53][54]

Rujukan

WikiPedia: Captain_America:_Civil_War http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/11/photos-from-th... http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/13/photos-from-th... http://buzz.blog.ajc.com/2015/05/15/photos-chris-e... http://www.bizjournals.com/atlanta/news/2015/04/29... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=marvel2016... http://collider.com/avengers-3-4-chris-hemsworth-r... http://collider.com/captain-america-3-script-joe-a... http://collider.com/captain-america-3-story-christ... http://collider.com/captain-america-3-title-script... http://collider.com/chris-evans-eager-to-extend-ma...