Kerjaya Scooter_Braun

Braun memulakan kerjayanya dengan menganjurkan parti semasa belajar di Universiti Emory di Atlanta. Pada 2002, Braun diambil untuk merancang parti selepas majlis di setiap lima bandar dalam Anger Management Tour, menampilkan Ludacris dan Eminem.[17] Pelancaran dalam dunia hip-hop ini menemukan Braun dengan penerbit Jermaine Dupri, pengarah So So Def Records. Braun berumur 19 tahun pada waktu itu apabila Dupri meminta beliau menyertai So So Def dalam jawatan pemasaran, dan berumur 20 tahun apabila Dupri menamakan beliau sebagai pengarah eksekutif pemasaran So So Def.[21] Ketika masih dalam tahun kedua di Emory, Braun bekerja di So So Def dan menjalankan perniagaan promosi parti beliau. Beberapa acara terbesar beliau termasuklah parti untuk 2003 NBA All-Star Game dan parti selepas acara untuk Britney Spears' The Onyx Hotel Tour.[17] Braun meninggalkan So So Def untuk memulakan perusahaan sendiri termasuklah perniagaan pemasaran, syarikat rakaman, dan perwakilan artis.[18] Beliau memulakan perniagaan pemasaran dengan menyempurnakan pernjanjian kempen $12 juta di antara Ludacris dan Pontiac; video muzik untuk Ludacris' Two Miles an Hour yang menampilkan Pontiac sementara iklan Pontiac akan menampilkan lagu tersebut.[17]

Braun pertama kali bertemu Justin Bieber apabila beliau menonton Bieber yang berumur 12 tahun ketika itu di YouTube, menyanyikan lagu Ne-Yo. Braun menghubungi ibu Bieber, Pattie Mallette, yang bersetuju untuk membawa anaknya ke Atlanta untuk sesi percubaan tanpa perjanjian. Akhirnya, Braun berjaya meyakinkan mereka untuk berpindah dari Kanada ke Amerika Syarikat. Selepas kejayaan dalam talian, Braun mencadangkan Bieber kepada dua artis yang berjaya Usher dan Justin Timberlake; di mana kedua-duanya menunjukkan minat. Tidak lama kemudian, mento Usher, eksekutif muzik L. A. Reid, menandatangani Bieber Island Def Jam dalam perjanjian dengan Raymond-Braun Media Group.[22]

Filem dan televisyen

Braun menerbitkan Never Say Never, sebuah dokumentari mengenai Justin Bieber yang dilaporkan MTV pada 2011 sebagai "salah satu dokumentari muzik yang mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah box-office."[23] Anggaran belanjawan filem tersebut ialah $13 juta dan mendapat lebih $100 juta seluruh dunia sebagai dokumentari yang mencatatkan keuntungan tertinggi sehingga kini.[24] Braun juga merupakan penerbit eksekutif untuk siri televisyen Scorpion di CBS.[25] Percubaan pertama beliau dalam siri televisyen, Scorpion bersiaran selama empat musim dan mencatatkan 12 juta penonton dalam musim pertamanya pada tahun 2014.[26] Pada tahun 2018, Variety melaporkan studio televisyen FX membuat pesanan sebuah episod awal rancangan komedi yang belum bertajuk yang diterbitkan oleh Braun yang melibatkan pelakon Kevin Hart dan penyanyi rap [Lil Dicky]].[27]

SB Projects

Pada tahun 2007, Braun menubuhkan SB Projects, syarikat hiburan dan pemasaran perkhidmatan penuh yang melibatkan pelbagai perusahaan termasuklah Schoolboy Records, SB Management, dan Sheba Publishing, firma penulisan lagu.[28][29] Kumpulan ini juga melibatkan RBMG, usaha sama di antara Braun dan Usher. School Boy Records mempunyai perjanjian pengedaran muzik dengan Universal Music Group. Pada awal tahun 2013 Ariana Grande ditandatangani oleh pengurusan Scooter Braun dan pada tahun 2016, syarikat rakaman Grande, Republic Records mengesahkan Braun berperanan sebagai pengurus utama beliau dalam mengendalikan segala aspek kerjaya beliau.[4][30][31] SB Ventures juga mengendalikan kempen televisyen, penjenamaan, perjanjian perlesenan muzik, dan penajaan jelajah—termasuklah penajaan Calvin Klein untuk Justin Bieber bagi Purpose World Tour 2016-2017.[32] Syarikat ini juga membuat perjanjian di antara Kanye West dengan jenama kasut, Adidas.[33]

Ithaca Ventures, syarikat Braun yang melibatkan SB Projects, mendapatkan $120 juta pada 2010 untuk suntikan modal pelaburan dalam Uber, Spotify dan Editorialist.[34][35] Fortune melaporkan bahawa Ithaca ventures memiliki pegangan dalam tujuh syarikat pengurusan muzik terbesar dalam negara.[34] Saluran media melaporkan Ithaca, dengan $500 juta di bawah pengurusan sehingga 2018, akan menyuntik modal dalam GoodStory Entertainment, kerjasama di antara Braun dan eksekutif hiburan J.D. Roth, dalam pengambilalihan untuk filem tanpa skrip, acara siaran langsung dan filem dokumentari.[36][37]

Mythos Studios

Pada tahun 2018, New York Times melaporkan bahawa Braun telah menyertai David Maisel, pengerusi pengasas Marvel Studios, untuk membentuk Mythos Studios untuk menerbitkan francais filem komik dalam format aksi langsung dan animasi.[8][38][39]

Anugerah

Braun muncul pada kulit hadapan majalah Billboard dalam keluaran khas "Forty Under Forty" pada 11 Ogos 2012 bertajuk "Scooter Braun and Other Power Players on the Rise". Braun juga muncul dalam senarai Time 100 untuk tahun 2013.[40] Beliau juga muncul kali kedua pada kulit hadapan Billboard dalam keluaran pada 20 April 2013 bersama Guy Oseary dan Troy Carter.[41] Pada 2016 Scooter menang anugerah “Pengurus Bakat Terbaik” di “Anugerah Industri Muzik Antarabangsa” tahunan ke-3 yang dianugerahkan Shazam di MUSEXPO ke-12 di Los Angeles.[42] Pada 2017, Braun muncul pada kulit hadapan, majalah Variety bagi isu Hitmakers dan majalah Success bagi isu Gratitude.[43][44]

Pada tahun 2018, Braun diberikan Anugerah Kemanusiaan Memorial Harry Chaplin Music Biz 2018 atas kerja dermawan beliau pada tahun 2017.[45]

Rujukan

WikiPedia: Scooter_Braun http://www.allaccess.com/net-news/archive/story/15... http://www.billboard.com/articles/news/475306/psy-... http://www.billboard.com/articles/news/7518752/ari... http://www.billboard.com/articles/news/959001/just... http://www.billboard.com/articles/news/magazine-fe... http://www.billboard.com/biz/articles/news/digital... http://clatl.com/atlanta/the-hustla/Content?oid=12... http://www.complex.com/music/2015/02/scooter-braun... http://ca.eonline.com/news/496186/justin-bieber-s-... http://www.eonline.com/news/557187/justin-bieber-s...