Sejarah Scotland

Sejarah bertulis Scotland bermula semasa zaman pemerintahan Empayar Rom di Britain sekitar tahun 43-410. Pada masa itu, jajahan Rom di Britain dikenali sebagai Britannia dan ia meliputi kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai England dan Wales. Sebahagian daripada Selatan Scotland juga dikawal secara tidak langsung oleh Empayar Rom. Kawasan di sebelah utara yang tidak dijajahi Rom dikenali sebagai Caledonia, nama Scotland pada zaman tersebut. Caledonia pada masa itu diduduki oleh orang Picts dan orang Scotland Dalriada di kawasan Argyll.